KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

1. Mendengar dengan berkesan
2. Membaca
3. Mencatat nota
4. Menulis
5. Mengingat


Kemahiran Mendengar dengan Berkesan
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.


Kemahiran mendengar melibatkan
- Apa yang didengar
(Pelbagai teks)

- Mengapa mendengar
(Untuk mendapatkan maklumat, fakta, data, pengetahuan
Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik
Untuk mengetahui perkembangan semasa
Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu)

- Siapa yang didengar
(Sesiapa sahaja yang:
- Memberikan maklumat 
- Memberikan penjelasan 
- Membuat pertanyaan 
- Memberikan pendapat)

- Bagaimana mendengar dengan berkesan
(Dengan teliti dan penuh perhatian
Dalam suasana yang tenang dan selesa)

- Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar
(Motivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu
Memandang ke arah guru
Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjuk dan ditulis)


Sumber: http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul/bcb6.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan